top of page
Search

EKSPEDISI GUNUNG ANGSI PENGAKAP KELANA 2016

  • husni
  • Sep 11, 2016
  • 3 min read

Pada 12- 13 Ogos 2016, seramai 35 peserta Pengakap Kelana Klang & 3 pemimpin Pengakap telah berjaya menawan Gunung Angsi pada ketinggian 925m. Tahniah diucapkan!

6.00ptg - peserta sampai ke Hutan Lipur Ulu Bendul

12 Ogos 2016, Jumaat - Peserta sampai ke destinasi dari SMK Shahbandaraya, Klang ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Pada ketika ini semua peserta dikumpulkan untuk diberi taklimat mengenai tapak perkhemahan dan pembahagian patrol (kumpulan)

baju T90 tu Pengarah Program ciaciacia

Pesuruhjaya Daerah memberi taklimat kepada peserta.. buat masa dalam gambar nie semua di dalam patrol masing2..

Selepas tu, makan malam, solat (jamak), baca Yassin dan taklimat mengenai program. Seterusnya, peserta diberi kebenaran untuk tidur awal kerana esok mereka memerlukan tenaga yang banyak.

13 Ogos 2016, Sabtu - jam 4.30 pg peserta dikejutkan utk persiapan diri & sarapan pagi. Selepas tu, baru solat Subuh berjemaah. Gambar diatas nie dah semua peserta dah prepare untuk mendaki.

Tapi sebelum tu, En Jeken akan mengendalikan regangan otot sebelum bergerak. Piece Yo

Semoga Allah permudahkan perjalanan untuk kami mendaki.

Jam 7.00 pg kami mula bergerak ke trip Bukit Putus. Semua peserta kelihatan gembira sambil bergambar.

nie di lokasi tempat letak kereta Ulu Bendul

keselamatan perlu diutamakan, sbb tu peserta jalan 1 line je.. terbaik!

jauh tak jauh nmpk signboard nie..

berhenti seketika, sbb nmpk tengkolok diraja tu... bergambar kenangan

sampai je start checkpoint untuk mendaki, peserta telah diberi taklimat mengenai keselamatan oleh pegawai

para peserta semua fokus semasa diberi taklimat & bersedia ambil gmbr time nie.. bgus2

okayh. dah start naik. special kalau naik trip kat bukit putus, start naik dah 60 degree.. tp tgk semua selamber je... hehe

bergambar jap

ambil turn untuk mendaki..

tengah perjalanan sebelum jumpa dengan kedai kopi..

okayh dah sampai kat kedai kopi... sepanjang laluan dr bawah sampai ke kedai kopi nie mencabar sikit (bagi yg amauter) dan lebar laluan pon besar jugak lah..

nie gambar geng pinky & the friend di kedai kopi

lepas dh berehat di kedai kopi, laluan trek menjadi sempit mcm nie

Jumpa punca air yang blh diminum, rasa air tu macam beli air mineral kat kedai..Guider kate nie punca air yg terakhir sekali selepas melalui kedai kopi. (sebelum ke puncak)

hiya!

faiz & singh hensem

berehat seketika.. masing2 keluarkan air.

gambar2 otw ke puncak... hebat faiz, sampai 9 ye.. ciaciacia

18 minit lg untuk sampai ke puncak.. fighting!!

sebelum sampai puncak, kami jumpa waterfall view, mmg nmpk bandar Seremban dan pemandangan begitu indah.. selalunya tempat nie jd tempat singgah untuk bergambar.

tidak lupa juga kalau kita buat gaya mcm nie...

peserta yang terawal sampai. Puncak Angsi nie beza sikit dgn puncak gunung2 lain, sbb ade line hp. sampai internet pon blh sampai. cuba tgk abg pakai topi tu, siap main ws lagi... hoho

Gambar kenangan Kelana 50 SAMT Hisamuddin, Kg Jawa berada di puncak Angsi. (4 orang dibawah tu cuma tumpang gambar)

Gambar kenangan Krew Kelana I Klang berada di puncak Angsi

Seramai 6 ahli Krew Kelana I Klang berjaya menawan puncak Angsi (baju merah berkaca mata tu katanya bakal akan masuk Kelana I Klang) katenya.. hehe

Seramai 35 peserta dari Pengakap Kelana Klang telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Angsi ini. Di samping itu, Laungan misi gempur denggi juga turut disambut.

Laungan Misi Gempur Denggi (video) SMK Shahbandaraya, Klang

Bendahari dan Pengarah Program di puncak Angsi

Apabila Pengerusi SPKD Klang kita pandang jauh

jam 1.00ptg - Para peserta mula menuruni Gunung, salah seorang peserta cuba buat terdaya untuk meneruskan cabaran walaupun pengsan semasa di puncak. Dengan sokongan drpd kwn2 peserta tersebut mampu meneruskankan. Cayalah! Kami berterima kasih kepada pihak JPAM Kuala Pilah kerana turut membantu rakan kami. Jam 3.30ptg kami terus pulang ke tapak perkhemahan.

Lagu Sayonara dimainkan pada ketika ini, para peserta bersalaman dengan pemimpin dan ajk program.

bergambar kenangan sebelum pulang..

terima kasih daripada kami AJK Program Ekspedisi Gunung Angsi Pengakap Kelana. Kesilapan drpd kami sendiri, kelebihan itu drpd yg esa. In shaa ALLAH kita berjumpa lagi.

 
 
 

Comments


© 2023 by The Mountain Man. Proudly created with Wix.com

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

Join our mailing list

bottom of page